Sejuta Rasa, Menuntun Jiwa ●Banda Aceh●

Banda Aceh merupakan tempat terakhir melengkapkan perjalanan saya explore Sumatera Indonesia. Saya telah memilih bulan Ramadhan 1439H untuk merasai suasana berpuasa bersama rakyat Aceh dan solat terawih di Masjid Raya Baiturrahman di samping melakukan kunjungan di beberapa masjid dan rumah anak-anak yatim & pesantren #projeksedekahrm10 bersama 3 rakan yang lain.

Alhamdulillah, selama 4 hari (26 – 29 Mei 2018) kami telah menziarahi beberapa tempat wisata dan kesan tinggalan kesan tsunami melanda Aceh pada tahun 2004. Antara tempat wisata ialah Muzium Tsunami Aceh, Kapal atas rumah, Taman Sari Gunongan, Kapal PLTD Apung 1, Rumah Adat / Budaya Cut Nyak Dien, Kubah dan pantai Lampuuk. Sempat juga singgah di kuburan Massal Siron (on our way from airport to Banda Aceh), di mana beratus mayat disemadikan di situ dalam 1 liang lahad. Masjid yang telah dikunjungi iaitu Masjid Teuku Omar, Masjid Raya Bairurrahman, Masjid Rahmatullah di Lampuuk, Masjid Baiturrahim di Ulee Lheule dan Masjid Oman. Kami juga ke pasar Atjeh pada hari ke 3 (seperti pasar Tanah Abang Jakarta @ pasar baru Bandung). Kuliner di Aceh tidak pernah mengecewakan. Merasai gulai kambing (seakan-akan sup), ayam tangkap, bakso, air alpukat, kopi terbalik dan Mie Razali. Ada banyak kedai makan hipster di sini. Makanan untuk sahur, bungkus dan makan di hotel. Iftar di rumah makan. Kami juga dijamu iftar pada malam ke 3 oleh keluarga Aceh iaitu Putra, kawan kepada sahabat saya Hajjah Sazalina. Membeli kopi Aceh, lontong paris, kuih bingka ubi jika ke Aceh untuk dijadikan ole-ole.

    #projeksedekahRM10

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt..
Projek sedekah RM10 Edisi 2.0 pada 26-29 Mei 2018 telah berakhir semalam. Sumbangan yang diterima sebanyak RM3,140 telah dibahagikan sama rata, diserahkan ke rumah anak yatim/sekolah tahfiz di Banda Aceh, Indonesia.

Sumbangan rakan-rakan/keluarga FB Hajjah Sazalina dan lain-lain telah disampaikan ke tiga (3) buah rumah anak-anak yatim seperti berikut:
1) Yayasan Penyantun Islam
2) Rumah Yatim
3) Yatim Tahfidz Baitul Quran, Darussalam

Wang tunai, barang-barang keperluan asas & makanan asas telah diserahkan kepada pengelola/pengurus setiap lokasi yang kami pergi. Ada 2 sumbangan peribadi berbentuk makanan dalam kotak (nasi & lauk pauk kos RP20k – RP30k) 40-60 kotak disediakan dan dihantar sebelum iftar pada 27 & 28 Mei 2018 di 2 buah Rumah Yatim dan pesantren yatim yang lain.

InshaAllah program ini akan diteruskan di Ramadhan tahun-tahun akan datang. Ikhlaskan hati, bersihkan jiwa dengan bersedekah. InshaAllah barakah. Semoga jiwa-jiwa kita akan tenang, infaq wang tunai tersebut juga dapat membawa meringankan beban mereka yang memerlukannya. Ganjaran Allah swt pasti ada. InshaAllah.

Projek Edisi 2.0 berakhir 13 Ramadhan 1439H. Panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang terbaik akan ke Banda Aceh lagi, bumi Serambi Mekah yang makmur & keramahan rakyatnya.

Tidak kira di mana sahaja, siapapun antum yang berhati mulia membantu anak-anak yatim tidak berkemampuan, TERIMA KASIH. Jazakallahu khair

#RamadhanAcehYD
#travelYD

~catatan si pari-pari, terima kasih baca entri ini

Jalanjalan1dunia

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *